TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih dan ditemukan petang tadi akan dibawa ke Hospital Tapah bagi pemeriksaan kesihatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, setakat ini, Jaslinda akan dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Tapah.
Katanya, setakat ini ambulans masih dalam perjalanan ke Hospital Tapah dari Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh.
Media melaporkan, pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 14 hari lalu, ditemui dalam keadaan selamat hari ini.
Maklumat penemuan mangsa itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin. – KOSMO! ONLINE














