fbpx

Gempar jumpa ular di bilik mandi asrama sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suzaini (kanan) menunjukkan ular senduk yang berjaya ditangkap di kawasan bilik mandi asrama Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor, pagi tadi.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Suasana di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor di sini gempar apabila seekor ular senduk sepanjang dua meter ditemukan di kawasan bilik mandi asrama perempuan sekolah itu hari ini.

Kejadian tersebut disedari seorang pekerja pembersihan berusia 33 tahun kira-kira pukul 10 pagi yang terkejut melihat kepala ular di kawasan tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, berdasarkan pemeriksaan ketika kejadian tiada pelajar berada di lokasi kejadian susulan sedang mengikut sesi pembelajaran di dalam kelas.

Katanya, usaha menangkap ular tersebut menemui kesukaran kerana berada dalam saluran air berdekatan longkang di luar salah sebuah bilik mandi tersebut.

“Kita mengambil masa selama 30 minit sebelum berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Reptilia tersebut kemudianya dilepaskan di kawasan hutan berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Orang awam yang mempunyai kes kecemasan seumpama itu boleh menghubungi kes talian kecemasan 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Selangor di talian 03-32896225. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI