fbpx

Larangan rentas daerah di Sabah mulai 3 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa pukul 12.01 malam 3 Oktober hingga 16 Oktober depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan penting seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam Covid Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI