fbpx

2 lelaki hantar migran diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot gentian kaca yang dinaiki dua lelaki disyaki penyeludup migran sebelum berjaya ditahan APMM Zon Maritim Tanjung Sedili di Perairan Johor Timur semalam.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Dua lelaki warga tempatan ditahan Maritim Malaysia (APMM) disyaki baru pulang dari menghantar migran Indonesia dalam satu serbuan di Perairan Johor Timur semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua suspek berusia 44 dan 42 tahun itu yang ditahan bersama sebuah bot gentian kaca berada dalam pengaruh dadah.

“Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) telah dapat mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan yang disyaki bergerak daripada perairan Indonesia menuju ke perairan Sungai Rengit.

“Bot ronda APMM yang sedang dalam Op Benteng Laut 1/2020 yang diatur gerak kemudian berjaya memintas bot tersebut pada pukul 10.10 malam di kedudukan 0.6 barat Sungai Rengit sebelum berjaya menahan suspek.

“Kedua-dua suspek disyaki berjaya melupuskan keterangan-keterangan lain ke laut semasa menyedari kehadiran APMM,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zulfadli berkata, kes kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, APMM memberi amaran kepada orang ramai terutama komuniti maritim supaya tidak menjadi tali barut atau pengkhianat negara dengan melakukan sebarang pelanggaran undang-undang khususnya dalam aktiviti penyeludupan migran.

“Tindakan akan diambil tanpa kompromi dengan mana-mana pihak. Maritim Malaysia juga akan sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan terutamanya Op Benteng Laut 1/20 yang diaktifkan Mei lalu khusus untuk mengawal dan menyekat sempadan negara bagi mengekang kemasukan migran selain daripada membendung penularan wabak COVID -19,”katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI