fbpx
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan di lampu isyarat simpang empat, Jalan Kolam Air, awal pagi tadi.

Pemuda maut motosikal langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut selepas disyaki melanggar lampu isyarat merah dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan Toyota Hilux di lampu isyarat simpang empat, Jalan Kolam Air, awal pagi tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Amirul Afiq Yusland, 21 disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 2.20 pagi

“Kemalangan tersebut melibatkan Toyota Hilux yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 71 tahun bersama penumpang lelaki dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang lelaki tempatan berusia 21 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal disyaki telah melanggar lampu merah sementara laluan Toyota Hilux berada dalam keadaan lampu hijau.

“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh tampil menyalurkan maklumat di Bahagian Trafik IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN