fbpx

Lega Nazri Ngah negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri Ngah

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

JERANTUT – Jika semalam penduduk sekitar daerah ini gempar dan resah apabila Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Nazri Ngah dibawa menaiki ambulans kerana disyaki dijangkiti wabak Covid-19.

Namun hari ini rata-rata penduduk khususnya di daerah itu berasa lega apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar itu disahkan bebas daripada virus berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Nazri yang dikehendaki menjalani ujian kedua menerusi PCR (Polymerase Chain Reaction) semalam didapati negatif daripada virus berbahaya itu.

“Ini disahkan oleh Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah dan
saya turut dimaklumkan bahawa, kesemua mereka yang terlibat dengan Datuk Nazri sebelum ini tiada risiko dijangkiti.

“Sungguhpun begitu, saya merayu kepada orangramai supaya meneruskan amalan-amalan yang disarankan sepertimana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keslamatan Negara (MKN),”katanya di sini, hari ini.

Nazri yang pulang dari Sabah pada 25 September lalu telah membuat saringan awal di sebuah hospital swasta dan didapati negatif.

Sebelum ini beliau telah menghadiri pelbagai program di daerah dan negeri termasuklah hadir majlis pelancaran buku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dihadiri Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang melancarkan buku terbabit.

Setakat ini Jerantut merekodkan empat kes Covid-19 baharu daripada individu yang pulang dari Sabah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI