fbpx

Suarez cemerlang debut pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ (tengah) berjaya meledak dua gol walaupun baru beraksi kali pertama bersama Atletico selepas berhijrah daripada Barcelona musim ini. – AFP

LONDON – Ketua jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone terpukau dengan penampilan pertama penyerang baharu, Luis Suarez yang berjaya meledak dua gol dalam kemenangan 6-1 ke atas Granada pada aksi La Liga di Stadium Wanda Metropolitano kelmarin.

Suarez yang dibeli dengan nilai perpindahan sebanyak €6 juta (RM29.1 juta) daripada Barcelona masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 dan hanya memerlukan 20 minit untuk memberikan impak besar buat Atletico.

Simeone sudah menjangka pres­tasi cemerlang Suarez, 33, tetapi apa yang memukau mata beliau ialah penyerang antarabangsa Uruguay itu tidak bersikap tamak dengan mencipta peluang buat Marcos Llorente menjaringkan gol dalam aksi tersebut.

“Suarez menjaringkan dua gol tetapi ia langsung tidak mengejutkan saya. Saya lebih teruja mengenai peluang yang dicipta buat Llorente menjaringkan gol kerana ia adalah satu gerakan yang sangat menarik.

“Perubahan taktikal telah memberi ruang dan peluang untuk kami mendominasi perlawanan dengan lebih baik kerana kekuatan yang ada pada pemain-pemain sedia ada,” katanya.

Simeone juga mengakui, pembelian Suarez membayangkan pasukannya sudah bersedia untuk merampas gelaran La Liga musim ini daripada Real Madrid.

“Jika kami boleh mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim, saya percaya misi untuk meraih gelaran liga tidak mustahil untuk dicapai. Keha­diran ­Suarez telah menaikkan semangat­ barisan pemain kerana karakternya sebagai seorang juara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI