fbpx

Seorang kakitangan i-Soho positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Memo kakitangan I-Soho positif Covid-19 di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Seorang kakitangan lelaki kondominium i-Soho di Seksyen 7 di sini disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) i-Soho, Mohd. Ali Hamdon berkata, pengesahan tersebut diperolehi semalam selepas melakukan ujian saringan di sebuah klinik kesihatan Rabu lalu.

Katanya, kakitangan tersebut sebelum ini telah berkunjung ke Sabah bagi melawat mertuanya awal bulan ini sebelum pulang 16 September lalu.

“Pada awalnya didapati lelaki berkenaan mengalami suhu tidak menentu dan telah membuat ujian saringan Covid-19 namun didapati negatif.

“Pihak pengurusan kemudiannya telah meminta lelaki berkenaan melakukan saringan semula di klinik kesihatan dan dimaklumkan positif semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, kakitangannya itu kini telah ditempatkan di Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, beliau bersama beberapa kakitangan JMB i-Soho turut menjalani ujian saringan namun didapati negatif.

“Kita telah memaklumkan perkara berkenaan kepada kesemua penghuni i-Soho dan i-Suite berhubung perkara tersebut.

“Langkah susulan telah dilakukan pihak kami dengan menutup segala kemudahan dan kelengkapan di dalam i-Soho, i-Suite dan Centralwalk termasuk pejabat pengurusan bermula hari ini hingga Ahad depan bagi kerja-kerja nyahkuman,” katanya.

Terdahulu tular memo kakitangan kondominium positif Covid-19 serta penutupan beberapa bahagian bangunkan tersebut di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI