fbpx

Jalan Raja Laut 1 ditukar nama ke Jalan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jalan Raja Laut 1 ditukar kepada Jalan Palestin oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL penukaran nama jalan itu tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Qads Sedunia pada 26 hingga 31 Mei lalu.

“Penamaan jalan ini sebagai simbol sokongan negara kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin.

“Proses bagi mengenal pasti jalan yang bersesuaian mengambil masa yang lama kerana perlu diteliti serta melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI