fbpx

Pimpinan tertinggi GRS tiba di Istana Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji Noor.

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tiba di pintu utama Istana Negeri kira-kira pukul 2.27 petang.

Selang beberapa minit kemudian, kenderaan yang membawa Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor turut kelihatan memasuki pekarangan istana sekitar pukul 2.30 petang.

Turut kelihatan tiba Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim pada jam 2.47 petang dan diikuti Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan pada pukul 3 petang.

Semua pemimpin utama parti berkenaan dipercayai hadir ke Istana Negeri untuk bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan dijangka dilaksanakan hari ini namun tiada sebarang makluman rasmi diterima ketika ini.

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) memenangi 14 kerusi dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebanyak tujuh kerusi.

Nama gabungan terbabit sepatutnya digunakan secara rasmi apabila tiga parti ini berjaya menubuhkan kerajaan baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI