fbpx

Muhyiddin mesti letak jawatan- PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menekan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bahawa Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen disahkan menerusi kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Urutan dari kenyataan secara terbuka Presiden UMNO tersebut, KEADILAN sangat yakin bahawa Muhyiddin telah sendirinya sedar bahawa beliau telahpun kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.

“Ini memandangkan dengan sokongan penuh ahli-ahli Parlimen UMNO kepada beliau sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin hanya mempunyai selisih majoriti dua Ahli Parlimen sahaja,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesedaran kehilangan sokongan majoriti ini turut diperkuatkan lagi dengan pengakuan Perdana Menteri yang memohon untuk Anwar membuktikan sokongan majoriti beliau menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai satu proses formaliti.

“Tan Sri Muhyiddin kini secara perundangannya telah hilang keabsahan sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.

“Oleh yang demikian, Tan Sri Muhyiddin sewajarnya berundur serta meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang terhormat memandangkan sokongan majoriti Ahli Parlimen kini telahpun beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI