PETALING JAYA – Perdana Menteri menerima kehadiran Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars), Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti, bersama delegasinya hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan tersebut termasuk dalam rangka program Syeikh di Malaysia kali ini.
Beliau berkata, banyak perkara yang telah dibicarakan dalam pertemuan tersebut, antaranya krisis peperangan dan penindasan, pancabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara.
“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan, Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE














