fbpx
Anwar ketika melawat salah sebuah reruai sempena Pameran DSA & NATSEC 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

DSA 2026: Pemain industri global diseru teroka pengeluar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain industri pertahanan dan aeroangkasa global diseru untuk melihat sendiri keupayaan sebenar pengeluar tempatan yang kini berada dalam rantaian bekalan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat utama dan pembekal Tier 1 perlu mengambil peluang untuk mengenali serta bekerjasama dengan pengeluar di Malaysia.

“Datang dan kenali pengeluar kami. Luangkan masa bersama mereka. Sebahagian daripada anda telah pun mula berbuat demikian, dan saya mengajak yang lain untuk mempertimbangkan dengan serius mengapa rakan industri anda telah mengambil langkah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pame­ran Perkhidmatan Pertahanan ASIA (DSA) 2026 & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Menurut Anwar, keupayaan pengeluar tempatan terbukti dengan penghasilan struktur sayap bagi pesawat komersial yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Selain itu, katanya, komponen berketepatan tinggi untuk enjin aero yang digunakan dalam penerbangan jarak jauh merentasi setiap benua turut dihasilkan di Malaysia.

Tambah beliau, kilang semikonduktor di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah mengendalikan proses pemasangan, manakala ujian dan pembungkusan cip yang digunakan dalam sistem pertahanan serta keselamatan.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan sebuah syarikat milik Malaysia turut memegang status pembekal Tier 1 dengan pengeluar enjin aero global terkemuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN