fbpx

Segerakan siasatan, tindakan ke atas Mohamaddin- Musa Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa (tengah) bersama Mohd. Zai (kanan) dan Kristina pada sidang akhbar berhubung insiden Lahad Datu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mempercepatkan siasatan terperinci dan tindakan undang-undang ke atas calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung isu kenyataan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Perkara itu ditegaskan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kesal dengan tindakan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya tersebut memperlekehkan pasukan keselamatan.

“Jangan kerana hanya menjadi ahli politik, seseorang itu menganggap dirinya boleh membelakangkan undang-undang sedia ada.

“Siasatan dan hukuman perlu disegerakan terhadap beliau (Mohamaddin) sama ada mengikut Akta Polis atau Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd. Zai Mustafa dan peguam, Kristina Teng.

Musa memberitahu, hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap Mohamaddin sebagai pengajaran kepada umum supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Ujar beliau, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana pasukan keselamatan sama ada polis atau tentera telah berkhidmat menjaga keamanan negara sejak zaman komunis.

“Sesiapa yang mempersendakan jasa dan pengorbanan mereka termasuk insiden Lahad Datu boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.

“Seramai sembilan anggota pasukan keselamatan kita terkorban dan kenyataan seumpama itu sememangnya telah mengguris hati waris mangsa,” katanya.

Baru-baru ini, tular satu klip video tular di laman sosial memaparkan Mohamaddin mempersendakan pasukan keselamatan ketika berkempen sehingga mencetuskan kemarahan semua pihak.

Beliau bagaimanapun tampil dengan permohonan maaf selain kertas siasatan berhubung telah dibuka dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI