fbpx

Hanya 17 peratus penagih dapat rawatan sukarela – AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kiri) melihat pameran ketika di Hari Terbuka AADK dan Perasmian PUSPEN Seri Iskandar di sini hari ini.

Oleh SHAARANI ISMAIL

SERI ISKANDAR – Hanya 17 peratus atau 872 daripada 4,938 penagih yang menerima rawatan pemulihan dadah adalah mereka yang datang mendapatkan rawatan secara sukarela.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jumlah itu dilihat masih rendah berbanding jumlah Pusat Rawatan Pemulihan Narkotik (PUSPEN) yang ada di seluruh negara iaitu sebanyak 11 buah.

“Daripada kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa, peratusannya adalah lebih tinggi untuk pulih dan kekal pulih jika mereka mendapatkan rawatan secara sukarela.

“Kita berharap dengan pendedahan mengenai kewujudan perkhidmatan AADK bagi rakyat Malaysia, mereka yang ketagihan dadah dapat datang sendiri ke PUSPEN untuk dapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka AADK dan PUSPEN Seri Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin.

PUSPEN Seri Iskandar adalah antara 11 daripada 31 PUSPEN kendalian AADK di seluruh negara yang berkonsepkan sukarela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI