fbpx

MetMalaysia adakan ujian siren SAATNM bermula pukul 9 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kenyataan MetMalaysia mengenai ujian siren SAATNM di laman Facebook.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ujian tersebut melibatkan tiga kawasan iaitu Miri, Kuala Terengganu dan Pulau Pangkor.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya menerusi laman Facebook.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI