fbpx

Tapak pelupusan sampah Bukit Takal terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan api kebakaran di tapak pelupusan sampah Bukit Takal, Kemaman hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Sebahagian Tapak Pelupusan Sampah Bukit Takal dekat sini dikesan terbakar hari ini.

Kebakaran di kawasan seluas 0.4 hektar tersebut yang dipercayai berlaku sejak awal pagi itu turut menjejaskan kehidupan sebahagian 2,000 penduduk Taman Desa Solehah dan Taman Sutera Emas yang menetap berhampiran.

Seorang penduduk, Raja Roshani Raja Ali, 63, berkata, kebakaran tersebut mencetuskan kepulan asap tebal yang dapat dilihat jelas dari taman perumahan mereka yang terletak kira-kira 700 meter dari tapak pelupusan sampah terbabit.

“Ada jiran-jiran mengadu sakit mata selain menghidu bau busuk yang dibawa oleh angin kuat.

“Saya yang perasan kebakaran sewaktu hendak keluar ke kedai runcit berhampiran pada pagi tadi mengelak daripada keluar rumah kecuali perlu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, seramai 18 anggota dengan kekuatan dua jentera telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Kerja-kerja pemadaman telah dilakukan dengan bantuan sebuah jentolak daripada Majlis Perbandaran Kemaman.

“Kebakaran telah berjaya dikawal pada pukul 7 malam tadi dan pemantauan masih dilakukan bagi memastikan api kebakaran benar-benar terpadam,” katanya.

Mohd. Zailani juga menasihatkan penduduk yang mempunyai masalah kesihatan agar tidak mendekati kawasan tapak pelupusan sampah terbakar itu buat sementara waktu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI