fbpx

Perak Bison idam Piala Sumbangsih STL musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Perak Bison sudah bersiap sedia untuk berentap dengan Selangor Pistons bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini.

Oleh Azizan Hashim

JUARA bertahan Divisyen Premier Liga Sepak Takraw Kebangsaan (STL), Perak Bison bertekad menambah koleksi kejuaraan mereka dengan menjuarai Piala Sumbangsih bagi saingan STL musim ini.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat gergasi sepak takraw negara itu kerana bakal berhadapan juara Divisyen Satu STL 2019, Selangor Pistons di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur malam ini yang juga merupakan aksi pertama Divisyen Premier STL 2020.

Pengurus Perak Bison, Mohd. Jaffrey Mohd. Zainol berharap anak-anak buahnya berjaya bergelar juara Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas gagal melakukannya ketika tewas kepada Penang Black Panthers tiga tahun lalu.

“Jika boleh kami mahu menjadi juara Piala Sumbangsih kali ini untuk merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Ha­diah itu akan disumbangkan kepada sebuah rumah anak yatim,” katanya.

Begitupun, Mohd. Jaffrey yang juga Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), tahu tugas berat bakal menanti Perak Bison malam ini.

“Selangor Pistons bukan calang-calang pasukan kerana dibarisi ramai pemain berpengalaman. Namun, kami akan mencuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian ini,” jelasnya.

Selepas bertemu Selangor Pistons, Perak Bison akan meneruskan cabaran Divisyen Premier dengan menentang PDRM Defenders esok diikuti pemenang Piala Juara-Juara STL musim lalu, Johor Tigris pada Ahad ini.

Perak Bison mengekalkan lima pemain musim lalu iaitu Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, Azwan Muhrim, Amirul Ramadhan, Asyraaf Hadi dan Fadzil Mustapa selain memanggil Mohamad Firdaus Hamid menggantikan tekong, Yus Hanif Rosli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI