fbpx

TSC sedia pertahan kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN TSC memasang impian besar pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2020 bagi memungut seberapa banyak mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam ranking Asia.

PASUKAN berbasikal benua negara, Team Sapura Cycling (TSC) mahu menjadikan Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2020 di Melaka yang akan bermula Jumaat hingga Ahad ini sebagai medan memperkukuhkan ran­king mereka sebagai pasukan No. 1 di Asia.

Pengurus pasukan TSC, Mohd. Sayuti Zahit mengakui kedudukan dalam ranking Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) ketika ini belum selesa apabila hanya meraih 1,119 mata dan mampu dipintas oleh pencabar terdekat, Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG).

“Kami mahu menjadikan Kejohanan Berbasikal Kebangsaan 2020 sebagai ruang dan peluang untuk mengekalkan ranking pa­sukan yang berada di kedudukan No. 1 Asia ketika ini.

“Sebanyak 200 mata yang boleh dikutip untuk kejuaraan kali ini dan pencabar terdekat, TSG turut berpeluang me­mintas kedudukan kami sekiranya pa­sukan tidak mencapai keputusan yang diharapkan,” kata Sayuti ketika majlis pengenalan pasukan TSC di Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, TSC telah menyenaraikan dua pelumba untuk kategori elit iaitu Akmal Hakim Zakaria dan Muhsin Al Redha Misbah dalam misi merampas kejuaraan kejohanan itu.

Mengulas lanjut, Sayuti yakin berdasarkan persiapan rapi yang telah dijalankan sejak Jun lepas, TSC tidak mempunyai masalah untuk merampas kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan TSG tahun lalu.

“Dua pelumba utama, Muhamad Zawawi Azman tidak dapat menyertai kerana sedang melakukan persiapan perkahwinan manakala Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff mengalami kecederaan.

“Kami meletakkan kepercayaan tinggi buat Akmal dan Muhsin yang mana mereka boleh tampil cemerlang dalam misi membantu pasukan melakar kejayaan kali ini,” katanya.

Sebagai rekod, Kejohanan Berbasikal Kebangsaaan 2020 menjadi acara berbasikal pertama dianjurkan selepas Le Tour de Langkawi (LTdL) pada Februari lalu sebelum semua acara sukan ditangguh susulan penularan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI