fbpx
IZZAH mengikut jejak langkah Shah Firdaus dan Azizulhasni apabila turut meraih pingat pada Piala Trek Jepun hari ini.

Izzah sambar gangsa keirin di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri membuktikan kemampuan apabila berjaya meraih pingat gangsa acara keirin pada Kejohanan Piala Trek Jepun 2026 hari ini.

Pada aksi final di Velodrom Izu, Shizuoka, pelumba berusia 23 tahun itu memastikan gangsa menjadi miliknya selepas menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang pemenang pingat emas, Yuan Li Ying dari China serta atlet tuan rumah, Mina Sato yang meraih perak.

Bagaimanapun, gangsa yang diraih tidak datang dengan mudah memandangkan dia terpaksa mengharungi aksi repechage selepas sekadar menamatkan aksi saringan pusingan pertama di tempat ketiga.

Pelumba kelahiran Sungai Petani, Kedah itu kemudiannya memastikan kelayakan ke pentas final apabila menamatkan aksi separuh akhir di tempat ketiga meskipun berdepan cabaran pelumba-pelumba ternama.

Sebagai rekod, Izzah menggegarkan Velodrom Nasional di Nilai bulan lalu apabila mencatat rekod kebangsaan 10.541 saat(s) dalam acara 200 meter (m) flying start pada saingan Piala Dunia Trek 2026.

Sementara itu, pada aksi yang berlangsung lebih awal hari ini, dua jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Datuk Azizulhasni Awang turut cemerlang apabila masing-masing meraih pingat perak dan gangsa, juga dalam acara keirin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN