fbpx
Jenazah beserta nota yang ditemukan di tepi jalan di Desa Rangai Tritunggal baru-baru ini. - Instagram

Jenazah anak terbiar tepi jalan, ibu bapa tak mampu bayar kos pengebumian 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Lampung Selatan, wilayah Lampung terkejut apabila menemukan jenazah seorang kanak-kanak perempuan bersama sepucuk surat yang ditinggalkan di tepi jalan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Rangai Tritunggal, baru-baru ini. 

Selain dibungkus dengan kain berwarna putih, terdapat nota yang ditinggalkan pada tubuh jenazah. 

“Assalamualaikum, kepada sesiapa yang menemui mayat anak saya yang meninggal dunia kerana penyakit diabetes. Kami sebagai ibu bapa tidak mampu mengebumikan jenazah kerana masalah kewangan,” demikian menurut nota itu. 

Ibu bapa kanak-kanak itu dipercayai tidak mempunyai wang yang cukup kerana  digunakan untuk menjaga mangsa yang sakit. 

Penduduk dan pihak berkuasa kemudian membantu menguruskan jenazah sehingga selesai proses pengebumian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN