fbpx

Depay tetap dalam perancangan Koeman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY menjadi buruan Koeman yang mahu dia beraksi sebagai pemain sayap kiri untuk Barcelona musim depan. – AFP

BARCELONA – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan sudah bersetuju dengan terma yang diperlukan untuk membawa pemain Olympique Lyon, Memphis Depay ke Camp Nou.

Jurulatih Barcelona, Ronald Koeman yang merupakan peminat Depay mahu perpindahan tersebut direalisasikan menyebabkan kelab itu dilaporkan sudah mengemukakan tawaran bernilai €30 juta (RM147.62 juta).

Bagaimanapun, terdapat laporan mengatakan bahawa Barcelona cuba mendapatkan Depay yang memiliki kontrak sehingga 2021 bersama Lyon dengan harga yang lebih murah di bawah €20 juta (RM98.41 juta), selain menawarkan seorang pemain mereka, Emerson.

Barcelona memiliki hak bersama Real Betis ke atas Emerson dan boleh mendapatkan pemain pertahanan berusia 21 tahun itu dengan harga €6 juta (RM29.52 juta) sahaja ketika nilai semasa­nya dianggarkan €9 juta (RM44.29 juta).

The Catalan perlu membayar nilai tersebut sebelum menjadikannya sebahagian daripada terma perpindahan supaya Lyon mampu melepaskan Depay de­ngan harga lebih murah.

Koeman dilaporkan terdesak untuk membawa Depay ke Camp Nou selepas memberi gambaran mengenai formasi yang akan digunakan pada musim baharu nanti untuk pasukan tersebut.

Koeman memberi bayangan mahu menggunakan khidmat Antoine Griezmann sebagai penyerang utama pasukan itu selepas pemain Perancis itu gagal memberikan persembahan terbaik ketika beraksi sebagai pemain sayap musim lalu.

Keputusan meletakkan Griezmann sebagai penyerang ekoran masa depan tidak menentu penyerang utama mereka, Luis Suarez.

Kekosongan di bahagian sayap kiri itu menyebabkan Koeman melihat Depay sebagai calon terbaik, selain Lionel Messi akan bertindak di bahagian sayap kiri dan Griezmann akan cuba dibentuk menjadi ‘mesin’ gol pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI