fbpx
BARISAN pemain Barcelona menjulang trofi La Liga sebaik sahaja menewaskan Real di Camp Nou awal pagi semalam. - AFP

La Liga: Kejuaraan penuh emosi Hansi Flick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona mengesahkan gelaran La Liga kekal menjadi milik mereka selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas musuh tradisi, Real Madrid pada aksi El Clasico di Camp Nou awal pagi semalam.

Masing-masing satu gol menerusi Ferran Torres dan Marcus Rashford pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memastikan skuad kendalian Hansi Flick itu meraih tiga mata, sekali gus menjadi gelaran liga ke-29.

Kemenangan itu juga boleh dianggap sebagai detik cukup emosi buat Flick memandangkan beliau baru sahaja kehilangan bapa tersayang yang meninggal dunia beberapa jam sebelum perlawanan bermula.

Sebelum sepak mula dilakukan, semua orang di stadium bertafakur sebagai tanda penghormatan selain Flick juga dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

“Ia satu perlawanan yang sangat sukar dan saya tidak akan melupakan perlawanan hari ini (semalam). Saya mahu berterima kasih kepada semua pemain dan orang yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami.

“Apa yang paling penting adalah saya sangat bangga untuk memiliki sebuah pasukan yang sangat baik. Semua pemain sentiasa menunjukkan semangat juang cukup tinggi dalam setiap perlawanan,” katanya.

Pada masa sama, jurulatih dari Jerman itu menyuarakan rasa puas hati dapat membenam Real di laman sendiri, seterusnya menjulang trofi La Liga di hadapan penyokong-penyokong setia The Catalans.

“Secara keseluruhan, saya gembira dan teruja untuk berada di sini bersama semua penyokong bagi menghadapi El Clasico. Saya rasa inilah masanya untuk kami meraikan kejayaan pasukan,” ujar Flick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN