fbpx

Aksi Kedah, Sabah dipinda tarikh serta venue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyokong mahu nama dan logo pasukan Kedah dikaji semula agar lebih nampak gah berbanding yang diumumkan kelmarin. - FB KEDAH FA

 

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan jadual perlawanan Liga Super di antara Kedah menentang Sabah yang sepatutnya diadakan pada 19 September ini ke 21 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa pihaknya menerima permohonan daripada pasukan Kedah berhubung pindaan tarikh dan venue tersebut.

Katanya, Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam Daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa pada 11 September hingga 25 September 2020.

“Dimaklumkan bahawa MFL telah menerima permohonan rasmi dari pasukan Kedah mengenai permohonan pindaan tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut kerana Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan PKPD.

“Oleh demikian, pihak MFL telah memutuskan untuk meminda tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut di mana tarikh 19 September 2020 dan venue di Stadium Darul Aman, Alor Setar telah dipinda ke tarikh 21 September 2020 dan venue di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selepas mendapat persetujuan bersama daripada kedua-dua pasukan.

“Pindaan perlawanan tersebut juga dipinda setelah mengambil kira segala aspek seperti penyiar rasmi, komersial MFL serta pihak media.

“Pindaan ini tidak melibatkan perlawanan-perlawanan lain seperti yang telah dijadualkan di mana jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2020 telah dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI