fbpx

Louis Vuitton lancar pelindung muka berharga RM3,990

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG model wanita memakai alat pelindung muka keluaran LV di Paris, Perancis. – LOUIS VUITTON

PARIS – Firma fesyen Perancis, Louis Vuitton (LV) mengumumkan tawaran pelindung muka buatan sendiri berharga £750 (RM3,990) sebagai satu alat membantu mencegah jangkitan virus korona bermula 30 Oktober ini.

Menurut laporan portal The Street, peralatan pelindung muka itu mempunyai tali pengikat bersifat elastik dan cetakan monogram dengan logo jenama mewah LV.

Visor pelindung muka LV jenis fotokromatik boleh bertukar warna daripada keadaan jernih menjadi gelap bergantung kepada pantulan cahaya matahari.

Selain itu, pelindung muka LV boleh bertukar menjadi topi dengan menolak visor ke atas.

Alat pelindung diri itu akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Cruise Louis Vuitton 2021.

Louis Vuitton dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pelindung muka mewah yang akan ditawarkan itu direka dengan menitikberatkan soal gaya dan memberi perlindungan kepada setiap pemakainya.

Portal Metro UK pula melaporkan Louis Vuitton menjadi firma fesyen terbaharu selepas Burberry yang melancarkan alat pelindung muka sendiri pada harga lebih murah iaitu sekitar £90 (RM478) setiap satu.

Produk ciptaan Burberry diperbuat daripada material fabrik dan sebanyak 20 peratus daripada setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Dana Komuniti Covid-19 Yayasan Burberry. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI