fbpx

Ronaldo belum puas kumpul koleksi gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) meledak gol ke-101 di peringkat antarabangsa selepas membantu Portugal menewaskan Sweden awal pagi semalam. – AFP

STOCKHOLM – Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo berada dalam kelas tersendiri apabila mengumpul koleksi jaringan ke-101 di peringkat antarabangsa selepas meledak dua gol menewaskan Sweden 2-0 di Arena Friends awal pagi semalam.

Bintang berusia 35 tahun itu kini cuma ketinggalan lapan gol lagi untuk menyamai jumlah ja­ringan antarabangsa terbanyak yang masih dipegang legenda Iran, Ali Daei dengan 109 gol.

“Saya sangat gembira kerana bukan sahaja Portugal menang tetapi saya berjaya melepasi jumlah 100 gol dan kemudian meraih jaringan ke-101 dalam perlawanan ini.

“Saya sudah mencatat satu rekod baharu untuk diri saya sendiri. Saya tidak perlu terburu-buru kerana masih ada masa lagi untuk memintas rekod tersebut.

“Tiada apa yang perlu saya buktikan kerana perjalanan karier saya sudah menjawab segala-galanya. Saya cuma mahu bermain dan memberikan prestasi terbaik setiap kali diturunkan,” katanya.

Kecemerlangan itu membuktikan Portugal masih tetap memerlukan Ronaldo walaupun berjaya membelasah Croatia 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah sebelum ini tanpa kehadiran penyerang sensasi Juventus tersebut pada Ahad lalu.

Juara Kejohanan Euro 2016 dan pemenang Liga Negara-­Negara Eropah 2018/2019 itu bakal berdepan Perancis untuk perlawanan seterusnya Kumpulan A3 bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI