fbpx

KL perlu enam mata ke Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Kuala Lumpur ceria selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan Liga Premier setakat ini. - FB KUALA LUMPUR HAWKS

KUAL LUMPUR – Pemain tengah Kuala Lumpur (KL), Muhammad Akram Mahinan tidak rela pasukannya keciciran mata berharga dalam baki lima perlawanan Liga Premier musim ini dalam usaha layak sebagai dua pasukan terbaik ke Liga Super tahun depan.

Akram, 27, menegaskan, peluang mereka ke Liga Super mampu terjamin dengan tambahan enam mata lagi selepas ini bermula dengan aksi menentang Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu ini.

“Kami perlu sekurang-kurangnya enam mata lagi daripada baki lima perlawanan. Kami tak boleh hilang mata kerana perlawanan pun dah tak banyak.

“Jadi kami anggap setiap baki perlawanan sekarang ibarat aksi final buat KL. Saya harap kami dapat mengekalkan momentum kemenangan sekarang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Bekas tonggak bahagian tengah Harimau Malaya itu sedar ancaman bakal dihadapi skuad The Hawks untuk perlawanan seterusnya kerana TFC II dibarisi ramai pemain muda yang mempunyai kelebihan dari segi kepantasan.

“Kami perlu cepat sesuaikan diri dengan perlawanan nanti dan pada masa sama harus memanfaatkan setiap peluang untuk menjaringkan gol. Kerjasama satu pasukan diperlukan untuk memenangi perlawanan nanti,” jelas Akram.

Skuad bimbingan Muhammad Nidzam Adzha Yusoff itu kini menduduki tangga kedua dengan 14 mata dan muncul salah satu pasukan yang masih belum kalah daripada enam perlawanan setakat ini selain pendahulu Liga Premier, Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI