fbpx

Gempa bumi landa England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBJEK di dalam bilik netizen dikenali sebagai Rob bertaburan semasa gempa bumi berlaku di selatan England pagi tadi. - Twitter

LONDON – Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter yang impaknya dikatakan menyamai letupan, dirasai di beberapa kawasan di selatan England hari ini, lapor laman berita Sky News

Jabatan Geologi Britain (BGS) menyatakan, gempa itu berlaku di bandar Leighton Buzzard,  Bedfordshire sekitar pukul 8.45 pagi (waktu Britain) pada kedalaman 10 kilometer.

Pihaknya menerima laporan yang menyamakan gempa bumi itu dengan “letupan kuat”, manakala sebilangan penduduk memberitahu bahawa rumah mereka bergoncang.

“BGS menerima banyak notifikasi daripada akhbar dan orang awam dalam kawasan yang padat dengan penduduk ,” kata jabatan itu dalam kenyataan di Twitter.

Dalam perkembangan sama, polis Bedfordshire berkata, pihaknya menerima banyak panggilan telefon daripada penduduk tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

“Bilik kawalan kami menerima sejumlah besar panggilan berikutan gempa bumi yang dirasai di seluruh daerah Bedfordshire . Kami belum menerima laporan tentang kerosakan harta benda atau kecederaan,” kata polis, juga melalui kenyataan di Twitter.

Gegaran itu dirasai di sebilangan kawasan di selatan England pagi tadi .

Sementara itu, pengguna media sosial berkongsi pengalaman berbeza berhubung gempa tersebut secara online.

Seorang netizen dikenali sebagai Rob memuat naik gambar objek jatuh bertaburan di dalam bilik di rumahnya di Leighton Buzzard semasa gempa berlaku.

Netizen lain dari Luton bernama Usha Chapman pula berkata, gempa itu berlaku selama limat saat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI