fbpx

Pencemaran Sungai Gong, 2 lagi direman 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki berusia 20 tahun (kiri) dan 57 tahun yang disyaki pekerja kilang direman enam hari di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan berhubung pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang minggu lalu.

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN

SELAYANG – Dua pekerja kilang yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang minggu lalu direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan ke atas kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 20 dan 57 tahun.

Terdahulu kedua-dua lelaki itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Selayang pada pukul 9.15 pagi untuk direman selepas ditahan sepasukan polis semalam di sebuah premis di Jalan Batu Arang, Rawang.

Siasatan kes terhadap kedua-dua suspek dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang diketahui menyebabkan susut bekalan air untuk minuman manusia atau haiwan yang dipelihara atau untuk kebersihan atau perusahaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperutukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini pada 5 September lalu empat beradik yang juga pemilik kilang disyaki terlibat dalam kejadian sama direman enam hari sehingga Khamis ini.

Keempat-empat suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi khas bermula pukul 11 malam sehingga 12.30 tengah malam.

Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada di antara mereka ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas kematian bapa mereka.

Ekoran pencemaran minyak dari kilang tersebut, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI