fbpx

Program Ceria Atlet Selangor 2020 jaga kebajikan bekas atlet Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin (tengah) mengambil bersama bekas atlet dan atlet OKU Selangor selepas pelancaran program Ceria Atlet Selangor 2020.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Bekas atlet kelahiran Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila kebajikan mereka terbela melalui program Ceria Atlet Selangor 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Pembangunan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama kerajaan negeri dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEIB) bagi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya selepas menyumbangkan kejayaan kepada negeri ini.

Kata beliau, sebanyak RM195,350 diperuntukkan bagi program ini dengan setakat ini telah menerima 250 permohonan daripada bekas atlet dan atlet OKU oleh YAKEIB.

“Sasaran kita adalah 50 bekas atlet dan atlet OKU Selangor akan dibantu menerusi program ini.

“Kami akan beri bantuan mengikut keperluan atlet berkenaan. Kalau rumah mereka rosak, kita akan upah kontraktor untuk baiki rumah mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Ceria Atlet Selangor 2020 di Bangunan SUK di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi YAKEIB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri kerana membantu bekas atlet yang kebanyakannya mengalami kesusahan ketika ini.

“Tidak semua bekas atlet yang hidup senang selepas mereka bersara daripada arena sukan.

“Kita harap program ini boleh menjadi pemangkin kepada kerajaan negeri lain supaya kerajaan negeri lain boleh memperkenalkan program yang sama,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI