fbpx

13 ditahan bergaduh depan tokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR Omar

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seramai 13 lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah tokong di Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal polis mendapati motif pergaduhan berpunca daripada tidak puas hati berhubung masalah tempat letak kenderaan di Jeti Pulau Pangkor.

“Semalam , lebih kurang pukul 10.15 malam anggota pejabat pertanyaan Balai Polis Pangkor telah terima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengatakan berlaku pergaduhan di hadapan tokong tersebut.

“Tindakan pantas anggota Balai Polis Pulau Pangkor dan Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung (IPD) Manjung ke tempat kejadian telah berjaya menahan seramai 13 orang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut, bagaimanapun tiada sebarang senjata dirampas di tempat kejadian.

“Semua suspek berusia lingkungan 16 hingga 50 tahun itu ditahan kerana terlibat dalam merusuh dan direman selama empat hari mulai hari ini sehingga Sabtu ini.

“Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan merusuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI