fbpx

Perak Bison yakin pertahan juara STL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUL Ramadhan (duduk depan di tengah) bersama wakil pemain pasukan lain merakamkan gambar selepas majlis pengenalan jersi pasukan-pasukan STL 2020 di Sunway Velocity, Kuala Lumpur semalam.

JUARA bertahan, Perak Bison sudah bersedia mempertahankan kejuaraan Divisyen Premier Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) menjelang saingan musim baharu yang bermula 18 September hingga 15 November depan.

Perejam utama Perak Bison, Amirul Ramadhan Fazillah Suhaimi mengakui, dia dan rakan-rakan sepasukannya mampu menggalas cabaran tersebut meskipun beraksi musim ini tanpa kehadiran pemain-pemain import.

“Latihan kami berasingan kerana saya bersama skuad kebangsaan manakala rakan-rakan lain berlatih di Ipoh. Namun, saya tetap kembali ke Ipoh untuk berlatih bersama mereka pada hujung minggu.

“Jadi, boleh dikatakan persiapan dari segi latihan dan persefahaman antara pemain cukup rapi dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.

“Saya tiada masalah walaupun tanpa import musim ini kerana saya yakin kami mampu memberi prestasi yang terbaik,” katanya selepas majlis pengenalan jersi pasukan-pasukan STL 2020 di Sunway Velocity, Kuala Lumpur semalam.

Perak Bison bakal menerima tentangan sengit daripada naib juara tahun lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM Guardians) dan Kuala Lumpur (KL Thunders) yang berjaya mendapatkan khidmat bekas tekong kebangsaan, Mohd. Syahir Rosdi untuk musim ini.

Tujuh lagi pasukan Divisyen Premier musim ini ialah juara Piala Juara-Juara STL 2019, Johor Tigris; Negeri Sembilan Antlers, Penang Black Panthers, PDRM Defenders, Kelantan Warriors dan dua pendatang baharu, Selangor Piston serta Pahang Mammoth.

Sementara saingan Divi­syen Satu akan berlangsung selama lima hari bermula 8 September ini, manakala Piala Juara-Juara STL diadakan selepas tamat Divisyen Premier dari 23 hingga 29 November depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI