fbpx

Terminal Penumpang Asa Niaga bakal beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaari (kanan) di hadapan kaunter tiket di Terminal Penumpang Asa Niaga Harbour City di sini hari ini.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Kaunter terminal penumpang dan feri antarabangsa Asa Niaga Harbour City di sini kembali beroperasi selepas ditutup sejak 18 Mac lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Asa Niaga, Datuk Shaari Mat Jihin berkata, pengoperasian itu selepas mendapat kelulusan pihak kerajaan yang seterusnya memboleh rakyat Indonesia di negara ini pulang ke negara asal September depan.

“Secara dasarnya kebenaran tersebut telah diperoleh, namun tarikh itu belum ditentukan. Justeru, mana-mana warga Indonesia yang berhasrat pulang ke kampung dengan menaiki feri kami ke Tanjung Balai, Asahan Indonesia, boleh mula membeli tiket di kuanter hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketika ini terminal itu hanya beroperasi untuk warga Indonesia yang ingin pulang ke negara mereka susulan pintu sempadan Malaysia dan Indonesia masih belum dibuka untuk rakyat negara luar.

“Penghantaran menggunakan pengangkutan itu melibatkan sebuah feri sahaja dengan kapasiti 300 orang bagi perjalanan sehala yang berharga RM255.

“Pihak terminal juga akan melaksanakan prosedur standard operasi ditetapkan kerajaan termasuk pengambilan suhu badan dan penjarakan fizikal selain dikehendaki mempunyai sijil ujian saringan Covid-19 daripada mana-mana klinik atau hospital sebagai langkah pencegahan,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI