fbpx

Usain Bolt gagal lari daripada Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOLT disahkan positif Covid-19 selepas seminggu meraikan hari ulang tahun ke-34 dalam parti tanpa memakai pelitup muka di Jamaica. - AFP

KINGSTON, Jamaica – Pemegang rekod pecut 100 meter (m) dan pemenang lapan pingat emas Olimpik, Usain Bolt telah diuji positif wabak Covid-19 semalam iaitu seminggu selepas meraikan hari jadinya yang ke-34 dalam satu parti tanpa pelitup muka.

Bolt kini menjalani kuarantin sendiri di kediamannya di Jamaica.

Semalam, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan bahawa Bolt yang memegang rekod larian pecut 100m dan 200m telah diuji positif.

Terdahulu, Bolt telah memuat naik satu video di media sosial sebelum keputusan tersebut menyatakan bahawa dia telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan sedang menunggu keputusan tersebut.

“Hanya untuk keselamatan, saya perlu melakukan kuarantin diri dan tenang dengan perkara ini. Sentiasa kekal selamat,” kata Bolt menerusi mesej yang dirakamkannya dalam video tersebut sambil berbaring di katilnya.

Bolt merupakan satu-satunya pelari pecut yang memenangi pingat emas dalam acara 100m dan 200m untuk tiga kali berturut-turut iaitui pada Olimpik 2008 Beijing, Olimpik 2012 London dan Olimpik 2016 Rio).

Legenda pecut itu membe­ritahu, dia langsung tidak mempunyai sebarang simptom Covid-19 atau kesukaran dalam pernafasan disebabkan oleh pandemik berkenaan.

Bolt menambah, dia telah menjalani ujian saringan Co­vid-19 pada Sabtu, sehari selepas dia meraikan majlis hari jadinya dengan para tetamu ghairah menari dengan lagu hit berjudul Lockdown oleh penyanyi regae Jamaica, Koffee. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI