fbpx

Amran Kasimin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran Kasimin

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Datuk Dr. Amran Kasimin meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang tadi.

Allahyarham yang juga bekas ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM itu meninggal dunia pada usia 75 tahun kira-kira pukul 5 petang tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh menantunya, Dr. Lenny Suryani Safri melalui perkongsian di laman sosial Facebook.

“Allahyarham abah Amran Kasimin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.56 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

“Abah, terima kasih atas 19 tahun yang indah. Satu penghormatan besar bagi saya menjadi anak abah. Terima kasih di atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Rasa setengah nyawa Lenny hilang abah,” tulisnya.

Katanya, jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Sungai Merab Luar, Kajang, Selangor dan akan dikebumikan pada pukul 9 pagi esok.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI