fbpx

Warga emas lari hampir kelilingi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILMOTT memotong kek bagi meraikan pencapaiannya. – AGENSI

LONDON – Seorang lelaki warga emas di Britain berlari pada jarak hampir mengelilingi dunia selepas dia menamatkan larian maraton yang ke-800 kelmarin.

Menurut laman berita metro.co.uk, Andy Wilmott, 76, perlu berlari sejauh 6,437 kilometer (km) sahaja lagi untuk meleng­kapkan larian umpama mengeli­lingi dunia sejauh 40,074km.

Wilmott dari Halstead, England berkata, dia sangat bangga kerana berjaya menamatkan la­rian maraton ke-800nya kelmarin dengan catatan masa empat jam, 53 minit.

“Saya masih ingat kata-kata seseorang bahawa mustahil untuk saya melakukan 800 larian maraton.

“Namun, kata-kata tersebut membuat saya makin bersema­ngat,” katanya.

Wilmott berkata, dia sangat gemar menyertai acara maraton, malah dia mahu menguji kemampuan fizikal dan mental sendiri menerusi sukan lasak tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu aktif dalam larian maraton sejak 1988 selepas kali pertama menyertai acara tersebut di London.

“Sesetengah orang menganggap saya gila, tapi semua pelari maraton sememangnya sedikt gila,” katanya.

Dia kini merancang untuk menyertai 100 lagi larian maraton untuk mencapai matlamatnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI