fbpx

SPRM kaji dakwaan wujud unsur rasuah bagi 101 projek runding terus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan satu kajian menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung isu pemberian 101 projek bernilai RM6.61 bilion.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, SPRM berkata, pihaknya juga akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara rundingan terus ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Kami telah menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu pemberian 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

“Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan, sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Perkara itu didedahkan Tengku Zafrul ketika penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di Dewan Rakyat semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI