KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) mencatat penurunan hampir 50 peratus dalam jumlah penumpang perkhidmatannya bagi separuh pertama 2020 (1H2020) akibat pandemik Covid-19.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Nizam Alias berkata, Rapid Rail yang mengendalikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta Bas Rapid yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang mengalami penurunan ketara jumlah penumpang bagi tempoh itu.
“Penumpang Rapid Rail menunjukkan penurunan sebanyak 43.9 peratus kepada 63.2 juta penumpang bagi 1H2020 berbanding pengurangan 112,729 penumpang tempoh yang sama 2019.
“Penurunan tertinggi dicatatkan pada April iaitu 93.7 peratus semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, namun keadaan mulai bertambah baik dan penumpang mula meningkat secara beransur-ansur selepas pelbagai PKP dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sesi taklimat media berhubung prestasi kewangan Prasarana 2019 dan 1H2020 di sini semalam.
Muhammad Nizam menjelaskan, Bas Rapid juga mencatatkan penurunan jumlah penumpang sebanyak 49.2 peratus dalam tempoh 1H2020 dengan jumlah yang dicatatkan sebanyak 41.3 juta penumpang berbanding 81.2 juta pada 2019.
“Tempoh tersebut menyaksikan prestasi kebolehpercayaan perkhidmatan Prasarana untuk Rapid Rail meningkat sebanyak 0.04 peratus hingga 99.95 peratus manakala Bas Rapid meningkat 0.61 peratus kepada 98.19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.
Tambah beliau, pengendali pengangkutan awam utama di Malaysia itu juga akan lebih fokus kepada menjaga kebajikan penumpang dalam usaha memberi kualiti perkhidmatannya pada tahap tertinggi dan memperkukuhkan strategi perniagaannya.
Selain itu, Muhammad Nizam menjelaskan, Prasarana telah mengeluarkan pas perjalanan tanpa had, My30 pada 15 Jun lalu, sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam.
“Kami menawarkan pakej khas yang ditawarkan sehingga akhir tahun.
“Pakej ini telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan, syarikat mencatat jualan bagi pas berkenaan sebanyak 302,052 unit pada 15 Jun dan 20 Ogos lalu,” katanya.
Home » Jumlah penumpang Prasarana turun 50 peratus
TERKINI
BERITA BERKAITAN

1,000 individu bakal dilatih Prasarana dalam bidang TVET
23 April 2025, 2:54 pm

LZS catat kutipan RM1.22 bilion tertinggi dalam sejarah
23 April 2025, 12:42 pm

Bank Rakyat umum dividen 17 peratus bagi tahun kewangan 2024
16 April 2025, 4:41 pm

Visual iklan sudah dikeluarkan – Prasarana
16 April 2025, 4:08 pm

Pelan Transformasi Mara dilaksanakan secara telus – Asyraf Wajdi
14 April 2025, 12:27 pm

Koperal tertembak diri sendiri ada masalah peribadi, kewangan
14 April 2025, 11:17 am

[VIDEO] Kebakaran paip gas: 12 pelajar ke sekolah, baki masih trauma
7 April 2025, 8:43 am

‘Naik bas, kelas ekonomi, bisnes tak tentukan status kewangan’
4 April 2025, 3:51 pm