fbpx

76 termasuk enam wanita ditahan judi sabung ayam dan bola golek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
76 individu termasuk enam wanita yang sedang leka melakukan pertaruhan judi diberkas di Bandar Puteri Puchong, Serdang semalam.

SERDANG – Seramai 76 individu termasuk enam wanita yang sedang leka melakukan pertaruhan judi diberkas di Bandar Puteri Puchong di sini semalam.

Hasil serbuan Ops Bersepadu Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang mendapati rata-rata mereka terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam, bola golek dan belangkas.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil siasatan mendapati lebih sebulan mereka sudah beroperasi.

“Dalam serbuan itu kita menahan 65 lelaki dan enam wanita warga Indonesia manakala lima lagi warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati 45 termasuk enam wanita warga Indonesia itu tidak mempunyai pasport,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, dalam serbuan itu pihak polis turut merampas wang tunai berjumlah RM45,000 yang dipercayai hasil pertaruhan.

“Kesemua tangkapan ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)c dan Seksyen 15(1)c Akta Imigresen 1969 serta Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2020,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI