fbpx

Tiba masanya ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI sedia meninggalkan Barcelona selepas tidak berpuas hati dengan visi dan misi Bartomeu yang gagal membawa pasukan memenangi trofi musim ini. – AFP

BARCELONA – Kapten Barcelona, Lionel Messi sudah tidak berminat lagi untuk kekal di Camp Nou selepas mengadakan perbincangan dengan ketua jurulatih baharu pasukan itu, Ronald Koeman semalam.

Difahamkan, antara faktor utama Messi tidak mahu kekal adalah disebabkan dia sudah hilang kepercayaan dengan visi dan misi Presiden Barcelona, ­Josep Maria Bartomeu.

Ia susulan kegagalan Bartemou menghadiahkan kejayaan buat The Catalan selepas me­lantik jurulatih yang gagal iaitu Quique Setien sehingga menyaksikan mereka tidak memenangi sebarang trofi musim ini.

Sebagai rekod, Messi masih lagi mempunyai kontrak sehingga tahun depan bersama Barcelona dengan klausa penebusan kontrak sebanyak £630 juta (RM3.47 bilion).

Antara pasukan yang dilaporkan berminat untuk menandatangani khidmat bintang skuad antarabangsa Argentina itu ialah Manchester City, Inter Milan dan Paris Saint-Germain.

Sementara itu, Koeman yang baru dilantik Barcelona pada Selasa lalu menegaskan, beliau ha­nya berminat untuk mengekalkan pemain yang masih mempunyai keinginan untuk menabur bakti buat Barcelona dan pada masa sama cuba memujuk Messi supaya kekal di sana.

“Messi masih ada setahun lagi kontrak dan saya tidak tahu sama ada saya perlu meyakinkannya dengan perancangan projek selepas ini. Apa yang pasti, dia masih lagi pemain Barcelona buat masa ini,” jelas Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI