fbpx
KVARATSKHELIA mengakui sedia berdepan suasana di Anfield untuk memastikan PSG layak beraksi di separuh akhir UCL. - AFP

UCL: PSG tidak akan turun bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique menjangkakan Liverpool bakal memberi tentangan sengit apabila bertemu dalam aksi suku akhir kedua saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.

Sebagai rekod, PSG berada berada di kedudukan selesa selepas mendominasi aksi pertama dengan kemenangan 2-0 minggu lalu sekali gus mencerahkan peluang untuk pertahanan kejuaraan UCL musim ini.

Namun, Enrique menegaskan perbezaan kualiti antara kedua-dua pasukan sebenarnya tidaklah sebesar yang disangka.

“Saya tidak fikir jurang antara dua pasukan ini begitu besar. Kami tahu apa yang kami mampu lakukan, tetapi bermain di Anfield sentiasa sukar kerana saya pernah merasainya sebagai pemain dan juga jurulatih,” katanya.

Walaupun berdepan tekanan hebat, jurulatih kelahiran Sepanyol itu menegaskan PSG tidak akan turun hanya untuk bertahan.

“Mentaliti kami sentiasa sama tidak kira bermain di stadium mana atau menentang siapa. Kami mahu pergi ke sana dan menang. Justeru, kami perlu menjaringkan gol. Pergi ke sana hanya untuk bertahan, itu bukan cara kami,” katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi PSG, Khvicha Kvaratskhelia turut mengakui cabaran besar menanti mereka di Anfield, namun yakin pasukan sudah bersedia.

“Kami perlu kekal fokus. Suasana di Anfield pasti luar biasa, tetapi kami sudah bersedia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN