fbpx
Salah seorang penyokong City menunjukkan botol dengan lambang Arsenal, selepas The Citizen berjaya menewaskan Chelsea hujung minggu lalu.

Adakah Arsenal akan ‘botol’ sekali lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA hujung minggu ini, para peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) akan memberi perhatian kepada perlawanan membabitkan Manchester City (City) menentang Arsenal.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad itu dijangka berlangsung sengit memandangkan kedua-dua pasukan sedang dalam perebutan gelaran EPL.

Ketika ini, City hanya enam mata di belakang Arsenal yang mendahului liga dengan 70 mata selepas mengharungi 32 perlawanan.

Bagaimanapun, City berpotensi mengejar Arsenal kerana masih berbaki satu perlawanan dalam tangan dan bakal menentang The Gunners pada minggu ini.

Sekiranya City menang ke atas Arsenal pada hujung minggu ini, perebutan takhta EPL pasti menjadi sangat menarik untuk disaksikan.

Menurut legenda Manchester United, Paul Scholes, Arsenal berdepan tekanan cukup besar selepas tewas 2-1 kepada Bournemouth pada hujung minggu lalu.

Katanya, kekalahan itu menyebabkan semua momentum berpihak kepada anak didik Pep Guardiola yang berjaya menewaskan Chelsea dengan jaringan 3-0 pada Ahad lalu.

Situasi ketika ini pastinya menyebabkan para peminat Arsenal mengimbau kembali musim 2022/2023. Pada musim tersebut, anak didik Mikel Arteta mendahului liga selama 248 hari, sebelum akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan City.

Adakah Arsenal akan botol (dipintas pada saat akhir) sekali lagi dalam perebutan liga? Sejarah telah membuktikan terdapat beberapa pasukan yang mendahului liga dengan jurang besar dalam tempoh lama, akhirnya gagal meraih kejuaraan EPL.

Misalnya pada musim 1995/96, Newcastle United mendahuli United dengan 12 mata, sebelum akhirnya terpaksa melepaskan takhta di akhir liga.

Pada musim 1997/98 pula, United yang berkelebihan 11 mata dengan Arsenal, akhirnya akur dengan kehebatan skuad kendalian Arsene Wenger.

Menurut lipatan sejarah, Arsenal merupakan pasukan terbanyak yang mengalami gejala ‘botol’ dalam EPL iaitu sebanyak lima kali.

Berdasarkan beberapa laporan di Eropah, kegagalan pasukan yang mendahului dengan jurang mata besar meraih kejuaraan adalah disebabkan faktor mental.

Pasukan Arsenal ketika ini dikatakan lemah dari aspek mental sewaktu berada di puncak liga sehingga menyebabkan berlakunya penurunan prestasi pada perlawanan penting.

Namun begitu, rata-rata peminat Arsenal masih yakin bahawa pasukan mereka mampu meraih kejuaraan kerana prestasi City juga tidak menentu pada musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN