fbpx
MOHAMED Salah (tengah) kelihatan sugul selepas Liverpool tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara. - AGENSI

UCL: Liverpool akur alih fokus lima teratas EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui masa depan pasukannya masih cerah meskipun berdepan musim mengecewakan tanpa sebarang trofi dan kini terpaksa berjuang untuk sekadar layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Sebagai rekod, impian Liverpool untuk melakar kejutan menjuarai trofi UCL musim ini tidak kesampaian selepas tewas 0-4 secara agregat kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Menurut Slot, pasukannya berada dalam situasi genting dengan kedudukan lima teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi sasaran wajib bagi menyelamatkan musim mereka kerana ia adalah slot automatik ke UCL nanti.

“Banyak yang diperkatakan bahawa kelab ini sedang melalui fasa peralihan. Kami menjual lapan hingga 10 pemain untuk mendapatkan dana bagi membawa masuk beberapa pemain berbakat.

“Ia cabaran besar pada jendela perpindahan nanti apabila Mohamed Salah dan Andy Robertson turut berhijrah. Namun, saya percaya masa depan pasukan ini sangat cerah,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, Slot turut kecewa terhadap keputusan pengadil yang membatalkan penalti selepas Alexis Mac Allister dijatuhkan selepas meneliti video bantuan pengadil (VAR) sekali gus meranapkan hasrat pasukan untuk bangkit.

“Saya tidak terkejut kerana terlalu banyak keputusan yang tidak memihak kepada kami musim ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN