fbpx

Ditahan ketika baru 10 minit curi hasil negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Tindakan pantas Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menangkap lapan nelayan Indonesia yang baharu sepuluh minit menceroboh perairan negara menerusi Op Benteng semalam.

Kesemua mereka berusia 24 hingga 46 tahun diberkas dalam tempoh sejam bermula pukul 10.15 pagi di kedudukan dua batu nautika timur Pulau Angsa daripada Pelabuhan Klang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, ketika ditahan mereka didapati sedang leka mencuri menangkap ikan menggunakan empat buah bot nelayan berlainan.

Difahamkan mereka baru sepuluh minit memasuki perairan Malaysia bagi tujuan mencuri hasil laut negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam daripada mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh

“Manakala dua lagi mempunyai dokumen pengenalan diri sah namun gagal mengemukakan lesen bot,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut merampas kira-kira sembilan kilogram pelbagai hasil laut termasuk ikan daripada kumpulan nelayan tersebut.

Mohammad Rosli menambah, kesemua suspek dan barangan rampasan termasuk bot di bawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985,” tegasnya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI