fbpx

Pemakaian pelitup muka akan diwajibkan di tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kakitangan sebuah syarikat percetakan memakai pelitup muka di tempat kerja di Tremblay-en-France dekat Paris pada 4 Ogos lalu. - AFP

PARIS – Perancis bersiap sedia untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat kerja, kata kerajaan hari ini.

“Apabila orang ramai kembali bekerja selepas pulang daripada percutian musim panas bulan ini, pelitup muka akan menjadi perkara wajib di ruang kerja tertutup termasuk bilik mesyuarat, koridor, bilik persalinan dan pejabat,” kata Menteri Buruh, Elisabeth Borne hari ini.

Perancis sudah pun mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan ruang awam yang dikongsi bersama seperti kedai dan pejabat kerajaan tetapi sehingga kini, kerajaan membiarkan majikan swasta menentukan sendiri perkara tersebut.

“Lebih banyak virus terkumpul dalam udara, sama ada disebabkan masa pendedahan yang panjang atau kerana sumber yang ramai, lebih berisiko seseorang itu dijangkiti kuman Covid-19,” kata pakar-pakar perubatan dalam sepucuk surat kepada kerajaan Perancis.

Justeru, mereka mendesak Paris supaya mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam semua ruang tertutup, pejabat dan bilik darjah dan menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah.

Banyak bandar di Perancis termasuk Paris diberi kebenaran untuk menentukan sendiri sama ada mahu mewajibkan pemakaian pelitup muka di luar rumah terutamanya di pasar, jalan yang sibuk dan di kawasan pelancongan.

Wabak koronavirus telah meragut lebih 30,400 nyawa di Perancis setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI