fbpx

Operasi kesan lelaki lemas di Sungai Perak diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba meneruskan operasi mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Kampung Padang Changkat Chandan, Kuala Kangsar pagi ini.

Oleh ZAKI SALLEH

KUALA KANGSAR – Usaha mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah motosikalnya terbabas ke dalam Sungai Perak di Kampung Padang Changkat Chandan dekat sini diteruskan pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Husen, 44, warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang di Kampung Bendang Kering dekat sini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab berkata, pencarian melibatkan seramai 35 anggota terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

Mohamad Sofi berkata, operasi yang bermula pada pukul 8 pagi tadi melibatkan kawasan sejauh 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Gerakan mencari terus dilakukan menggunakan kaedah pencarian pada permukaan menggunakan bot masing-masing sebuah milik bomba, APM dan dua bot nelayan.

“Operasi turut dibantu anggota penyelam bomba yang melakukan selaman sedalam 2.5 meter bagi mencari mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, orang awam menemui sebuah motosikal di tempat kejadian sebelum menghubungi polis yang kemudian mengesyaki penunggangnya terjatuh ke dalam Sungai Perak.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dikerah ke tempat kejadian pada pukul 9 malam bagi melancarkan operasi mencari. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI