fbpx

Perjuangan solo Wonho bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WONHO

PENYANYI Wonho mengesahkan kemunculan semulanya menerusi debut solo. Dia juga merancang untuk meluncurkan sebuah album tidak lama lagi.

Perkara tersebut juga disahkan agensi Highline Entertainment dengan memberitahu, album solo pertama Wonho diberi judul Part. 1 Love Synonym dan akan dilancarkan pada 4 September depan.

Sebelum itu, Wonho juga berkongsi iklan acah untuk album debutnya menerusi Twitter, sekali gus membuatkan peminat teruja menantikan produk terbaharu daripadanya.

Wonho memulakan debut nyanyiannya bersama kumpulan MONSTA X pada 2015 dengan menjadikan single Trespass sebagai introduksi dalam industri hiburan.

Sayangnya, hanya selepas lima tahun bersama, Wonho meninggalkan Monsta X selepas namanya dikatakan terlibat dalam kontroversi penyalahgunaan dadah pada 2013.

Bagaimanapun Agensi Metropolitan Polis Seoul mengesahkan tuduhan terhadap Wonho tidak benar dan semua pertuduhan terhadap penyanyi itu sudah digugurkan.

Dia kemudian menyambung kariernya dengan meneruskan perjuangan solo apabila bernaung bawah syarikat Highline Entertainment pada April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI