fbpx
MUHAMMAD ZAHARITH (Gambar kecil) sempat singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu dalam kembara solonya baru-baru ini.

Kembara solo 10 hari ‘buru’ 35 masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penasihat jualan kenderaan mencari kelainan dengan ‘memburu’ 35 masjid di seluruh Semenanjung dengan menunggang skuter secara solo menerusi kembara selama 10 hari bermula 5 hingga 14 Februari lalu.

Muhammad Zaharith Misri, 34, bergerak dari rumahnya di Bukit Naga, Shah Alam menuju ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor seterusnya ke Pahang, Terengganu dan Kelantan, diikuti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Dia kemudian singgah di Perak sebelum kembali ke Selangor.

Muhammad Zaharith berkata, dia memperuntukkan kira-kira RM2,000 untuk jelajah solo berkenaan termasuk makan dan penginapan di hotel bertemankan motosikal Yamaha XMAX 250cc melibatkan jarak 2,700 kilometer (km) selain banyak menggunakan laluan dalam.

“Saya sudah lama merancang untuk buat trip solo di Semenanjung sambil ‘healing’ dan buat masjid ‘hunting’. Cuma kekangan kerja, jadi susah nak buat. Tahun ini saya nekad dan ambil cuti panjang.

“Kali ini terlaksana sebelum umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, okey cuma cabaran nak dapatkan penginapan dengan parking ada CCTV (televisyen litar tertutup) agak susah.

“Cabaran lain termasuk masa dan cuaca hujan. Bimbang bertembung dengan orang ramai yang akan bercuti Tahun Baharu Cina, jadi akan bertambah masa termasuk masalah penginapan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ujarnya, dia memang meminati aktiviti kembara dengan me­nunggang motosikal serta pernah berbuat demikian bersama rakan sesama hobi hingga ke Thailand.

Katanya, justeru dia nekad melakukan trip solo kali ini dan melakukan persediaan mencari maklumat kawasan ingin dituju termasuk menyenaraikan masjid-masjid akan disinggahi dalam pengembaraan berkenaan.

“Mula-mula itu ibu bapa saya ‘bising’ juga nak ride solo dan selepas itu, alhamdulillah okey saja. Lagipun ada kenalan di negeri-negeri yang saya pergi, kalau ada masalah, boleh bertanya dengan mereka.

“Dari segi bajet, ada setengah orang dia buat ride solo de­ngan bajet ‘ketat’ pusing-pusing Semenanjung sekitar RM500, RM600 gaya backpacking. Saya buat anggaran bajet kira-kira RM2,000.

“Bajet ‘ketat’ pun, nanti kita yang akan stres. Macam saya, kena juga fikir parking hotel sebab ada hotel, parkir kena bayar. Ada juga hotel tiada parkir, perlu bayar kepada majlis perbandaran,” katanya.

Ditanya pengalaman di masjid-masjid berkenaan, Muhammad Zaharith berkata, Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah di Kampung Pulau Gajah, Sabak, Kota Bharu Kelantan antara tempat persinggahan yang membuatkannya terpegun dengan suasana di situ.

“Masjid ini dikelilingi kawasan paya dan pokok-pokok, 100 peratus masjid ini diperbuat daripada kayu. Waktu saya sampai, panas terik rasa kulit macam terbakar, tapi bila masuk ke dalam, langsung tak panas.

Dalam pada itu, dia turut me­rancang untuk melakukan trip solo berkenaan sekali lagi untuk melengkapkan ‘pemburuan’ 42 masjid berbanding 35 masjid serta mengambil masa kira-kira dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN