fbpx

TH lantik Ketua Pegawai Modal Insan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Sarif

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Rina Sarif sebagai Ketua Pegawai Modal Insan yang baharu berkuat kuasa pada 3 Ogos 2020.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff berkata, pelantikan itu adalah salah satu usaha pengukuhan TH.

Menurutnya, langkah itu adalah usaha TH dalam meletakkan barisan kepimpinan profesional ke arah menjadi institusi yang dihormati atas pencapaian dan tabir urus yang baik.

“Rina sebelum ini merupakan Pengurus Besar Sumber Manusia di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran transformasi modal insan.

“Pengalaman dan pencapaian beliau pernah mendapat pengiktirafan di peringkat global dan dianugerahkan ‘Top 101 Most Influential Global HR Leader 2019’ daripada World HRD Congress,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga merupakan ahli Majlis Penasihat Industri Universiti Utara Malaysia dan Panel Penasihat Human Resources Online. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI