fbpx

Lima kawasan di Kedah dan Perlis alami gangguan perkhidmatan Pos Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Lima kawasan di negeri Kedah dan Perlis akan mengalami gangguan sementara penghantaran dan pungutan mel serta bungkusan.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gangguan tersebut disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

Menurutnya, antara kawasan yang terjejas adalah empat di Kedah iaitu bagi poskod 06000, 06100, 06300, 09700 dan satu kawasan di Perlis bagi poskod 02700.

“Gangguan ini disebabkan larangan masuk oleh pihak berkuasa dan tempoh gangguan ini sehingga diberitahu kelak.

“Mel dan bungkusan ini akan disimpan di pejabat pos atau cawangan pos laju terdekat. Perkhidmatan serahan dan pungutan akan dijalankan semula selepas TEMCO ditamatkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Pos Malaysia, pihaknya akan menghubungi penerima melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pungutan sendiri di pejabat pos atau cawangan pos laju yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pos Malaysia menerusi AskPos di www.pos.com.my.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI